Syamsul respek semangat pemain Kelantan United

Football
14 Apr 2022 • 9:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Kelantan United, Syamsul Mohd Saad memuji persembahan The Green Deers ketika bangkit ketinggalan satu gol untuk mencatat kemenangan kedua dalam saingan Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Malah menurut Syamsul, para pemain kelab pantai timur itu tidak langsung menjelmakan semangat berputus asa sebaliknya konsisten memburu kemenangan berharga sekali gus dapat menyuntik semangat bagi mengharungi perlawanan selepas ini.

"Syukur kita dapat mengutip tiga mata yang tentunya penting buat pasukan. Biarpun pada mulanya ketinggalan 0-1, mereka tidak patah semangat dan kembali memberi tentangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Pada perlawanan itu, Projek FAM-MSN terlebih dulu mendahului menerusi Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik pada minit ke-23, sebelum Green Deers bangkit dengan dua gol penyamaan menerusi Jacob Njoku pada minit ke-44' dan ke-80'.

Pada masa sama, Syamsul turut memuji corak permainan anak buah Hassan Sazali Mohd Waras yang turut mempamerkan persembahan bertenaga dalam menyaingi pasukan pelawat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved