
Kota Kinabalu: Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mistirine Radin amat menghargai kesungguhan guru dan kakitangan SK Pengaraan yang menempuh perjalanan 18 jam berjalan kaki untuk sampai ke sekolah mereka di Nabawan.
“Syabas kepada guru-guru saya,” katanya ketika dihubungi, Sabtu. Guru-guru itu memulakan perjalanan mereka pada pukul 11 pagi dan hanya sampai pada pukul 6 pagi esoknya, dalam keadaan basah kuyup kerana hujan.

