Panduan buat guru, urus fail panitia mudah dengan imbasan kod QR dan pautan ringkas

13 Apr 2022 • 11:55 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Semua guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) pasti mempunyai fail panitia yang tersendiri yang mengandungi sukatan pelajaran, minit mesyuarat dan lain-lain.

Fail-fail ini perlu diuruskan dengan baik, lengkap dan cermat sebagai persiapan untuk pihak atasan semasa pemantauan dilakukan.

Baca juga

Pada entri kali ini, Sinar Bestari berkongsi panduan kepada guru-guru cara menguruskan fail panitia di sekolah dengan mudah menggunakan imbasan kod QR dan juga pautan ringkas.

****

Buatkan satu fail baru di Google Drive, klik ‘New’, ‘New Folder’, namakannya dan klik ‘Create’.

image is not available
Buka ‘New Folder’

Buka fail itu kemudian tekan ‘File Upload’ untuk muat naik semua sukatan pelajaran ke dalamnya.

image is not available
Muat naik kesemua sukatan pelajaran dan minit mesyuarat

Selepas berjaya memuat naik ke dalam Google Drive, keluar daripada fail baru tersebut, ‘Right Click’, ‘Share’, ‘Change link to Ministry of Education Malaysia’, ‘Anyone with the link, ‘Copy Link’ dan klik ‘Done’.

image is not available
Tukarkan link kepada semua supaya boleh akses

Pada pelayar yang sama, tekan ‘New Tab’, buat carian ‘www.the-qrcode-generator.com/’, ‘Paste link’ dan kod QR dijana.

image is not available
Jana kod QR percuma tanpa gangguan

Klik butang ‘Save’ dalam format PNG dan namakan semula mengikut panitia masing-masing.

image is not available
Tampal pautan panjang Google Drive untuk jana kod QR

Buka satu ‘New Tab’, klik ‘bit.ly’, ‘Sign Up’, pilih pakej yang percuma dan tekan ‘Create New Bitly Account’.

image is not available
Daftar akaun baru guna mod percuma

Untuk menjana pautan ringkas, klik ‘Create’, tampal di ruangan ‘Paste Long URL’ dan Bitly akan memaparkan link ringkas yang dijana.

image is not available
Singkatkan pautan panjang dari Google Drive

 

 

Boleh tukarkan pautan itu kepada perkataan mengikut kesesuaian, tekan ‘Save’ dan ‘Copy’.

image is not available
Sebahagian singkatan pautan Bitly bahagian belakang boleh ditukar mengikut tema fail panitia

Buka perisian ‘Word’, taip tajuk fail panitia masing-masing kemudian, tampal kod QR dan pautan ringkas Bitly yang telah dijana.

image is not available
Tampal PNG kod QR dan pautan ringkas Bitly pada Word kemudian cetak dan simpan dalam fail panitia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Cetakkan dan simpan ke dalam fail panitia untuk simpanan jika pihak atasan ingin membuat pemantauan sukatan mata pelajaran.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

 

View Original Article