Sarah Hildebrand Umum Bersara Dari Dunia Hiburan

Entertainment
18 Apr 2022 • 8:34 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Pelakon kontroversi, Sarah Hildebrand mengejutkan peminat-peminatnya apabila mengumumkan dia kini sudah bersara dari dunia seni.

Pengumuman itu dibuat oleh pelakon kacukan Melayu-Amerika Syarikat ini menerusi sebuah video Yang dimuatnaiknya di akaun Instagram. 

image is not available

"Saya telah berhenti dari industri hiburan di Malaysia. Saya tidak lagi mahu menerima sebarang tawaran kerja lakonan mahupun pengacaraan.

Saya telah menerima banyak tawaran daripada syarikat produksi. Tetapi saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan respon kepada anda. Saya telah berhenti. 

Tularkan berita ini biar semua orang tahu saya sudah berhenti," katanya dalam video berkenaan. 

image is not available

Tambah Sarah lagi, selama 10 tahun bergelar selebriti dia telah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis dan akan menghargai segala kenangan dan pengalaman yang ditimbanya sepanjang bergelar anak seni.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand, 32,  mula menceburkan diri dalam industri hiburan di Malaysia kira-kira 10 tahun lalu selepas menyertai pertandingan Gadis M2. Sejak dari itu dia bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pernah mencipta populariti menerusi drama Pujaan Hati Kanda. 

image is not available

Sarah juga pernah membuat keputusan untuk berhijab beberapa tahun lalu namun mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu. 

Pada tahun 2019, dia telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Otto Gillen, seorang jejaka kelahiran Amerika Syarikat. -  Getaran, 18 April 2022.

Gambar: Instagram
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved