1,072 kes Macau Scam libatkan kerugian RM30 juta

16 Apr 2022 • 10:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Sebanyak 1,072 kes penipuan ‘Macau Scam’ melibatkan modus operandi menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak Januari hingga April tahun ini telah dibuka kertas siasatan.

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police melalui perkongsian di Facebook rasminya mendedahkan jumlah kerugian akibat kes berkenaan adalah sebanyak RM30 juta.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya segera memutuskan panggilan sekiranya dihubungi oleh mesin operator yang memaklumkan tentang tunggakan cukai LHDN.

“Jika anda dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali dan diberitahu ada tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda, jangan percaya!

“Tindakan anda: Semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang maklumat syarikat tersebut. Putuskan panggilan,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Selain itu, menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sebaliknya putuskan panggilan sekiranya diarahkan untuk pergi ke balai polis tertentu untuk membuat laporan polis.

“Jika anda diarahkan memberi butiran bank bagi tujuan siasatan, jangan beri! Tindakan anda: putuskan panggilan dan jangan layan.

“Pihak berkuasa tidak akan meminta butiran akaun bank untuk siasatan. Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 untuk pertanyaan lanjut,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved