Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang

5 Apr 2022 • 10:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR GAJAH - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terbabas dan melanggar tiang papan tanda 'awas' di Jalan Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Muhammad Haziq Md Affandi,19, yang juga pekerja kilang telur di Batu Berendam dipercayai dalam perjalanan dari arah Pengkalan Balak ke Kuala Sungai Baru.

"Kemalangan berlaku apabila mangsa yang beralamat di Felda Palong Timur 3, Batu Anam Johor dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang itu yang terletak di bahu jalan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Jelas beliau, akibat nahas itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved