Presiden Perancis nyaris terkena balingan buah tomato

29 Apr 2022 • 8:27 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PARIS : Dahulu dibaling telur, tetapi kini Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah dibaling buah tomato pula oleh seorang penunjuk perasaan di sebuah pasar di Cergy, barat laut Paris.

Menurut laporan portal berita France24 semalam, insiden tersebut berlaku ketika beliau sedang membuat tinjauan pertama selepas memenangi pilihan raya Presiden.

Kekecohan berlaku dalam kalangan pasukan keselamatannya yang cuba untuk melindunginya walaupun tomato yang dilemparkan itu tidak mengenai sasarannya.

Macron menutup bahagian atas kepala menggunakan tangannya manakala pengiringnya membuka sekaki payung bagi melindungi Macron daripada ‘hujan’ tomato.

Namun, beliau juga menganggap bahawa perkara ini “tidak serius,” sebelum dibawa pergi oleh pasukan pengawal peribadinya.

Terdahulu, Macron telah diundi semula dalam pilihan bulan ini dan mengalahkan pesaingnya, Marine Le Pen dengan peratusan undian sebanyak 58.5 peratus berbanding 41.5 peratus yang diperoleh Le Pen pada pilihan raya pusingan kedua Ahad lalu.

Tahun lepas, Macron juga pernah ditampar seorang lelaki ketika beliau mengadakan lawatan ke tenggara negara itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved