Jesus Jaringkan 4 Gol, Lebarkan Jurang City Dengan Liverpool

Football
24 Apr 2022 • 8:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jesus (kanan) bersaing untuk mengawal bola dengan seorang pemain Watford. - Gambar AFP

MANCHESTER - Gabriel Jesus membantu Manchester City membenam Watford dengan menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-1 ke atas The Hornets.

Kemenangan itu membuka jurang empat mata buat City di puncak Liga Perdana Inggeris.

Hanya tinggal lima perlawanan lagi buat City untuk mempertahankan kejuaraan liga, tetapi pengurusnya Pep Guardiola memberi amaran yang mereka harus memenangi kesemua perlawanan untuk mengenepikan cabaran Liverpool.

Guardiola membuat enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya dengan Jesus salah seorang pemain yang menerima panggilan.

“Hari ini adalah hari saya, saya sangat gembira.

“Pencapaian ini adalah detik terbaik musim ini.

“Apabila kita menjaringkan gol dan memenangi trofi. Itulah bola sepak untuk kami,” kata Jesus.

Rodri melengkapkan jaringan buat City.

Liverpool mempunyai peluang untuk merapatkan jurang kembali kepada satu mata apabila mereka menerima kunjungan Everton hari ini. - AFP

Keputusan lain:

Arsenal 3 Manchester United 1

Leicester 0 Aston Villa 0

Norwich 0 Newcastle 0

Brentford 0 Tottenham 0