
SHAH ALAM – Seramai 172 warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menerima sumbangan duit raya sempena Majlis Sumbangan Kasih Ihya Ramadan PSA 2022.
Kesemua mereka adalah golongan yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada pelajar, staf, pekerja pembersihan serta pengawal keselamatan.
Menurut Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail, bantuan tersebut adalah hasil sumbangan warga PSA menerusi kutipan yang dilancarkan serta sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Baca juga
“YaPEIM adalah salah satu agensi yang sangat aktif dan kita sendiri dapat melihat manfaat yang bukan saja warga PSA dapat tetapi juga masyarakat.
“Justeru saya menggalakkan supaya lebih ramai staf yang membuat sumbangan menerusi potongan gaji agar manfaatnya dapat sampai kepada golongan yang memerlukan” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih Ihya Ramadan PSA 2022 di Dewan Al-Jazari PSA, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Selangor, Che Nor Azila Che Ghani berkata, sumbangan duit raya tersebut diharap dapat mengurangkan sedikit beban serta menceriakan penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut minggu hadapan.
Terdahulu, seramai 175 kakitangan PSA telah membuat sumbang menerusi potongan gaji kepada YaPEIM dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,547 sebulan.
The post 172 pelajar dan kakitangan Politeknik Shah Alam terima sumbangan duit raya menerusi pemotongan gaji appeared first on Sinar Bestari.
