Oppo A96: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
18 Apr 2022 • 2:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Oppo Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru, Oppo A96. Ia dipasarkan sebagai peranti dengan storan dalaman yang besar, bersama bateru 5,000mAh dan pengecas pantas SuperVOOC.

Tawaran menarik disediakan untuk pembeli terawal Oppo A96. Selain itu, ada juga peluang untuk menang hadiah mega dalam “Cabaran Gandakan Rayamu“.

image is not available

Harga jualan dan promosi pembelian awal

Dengan storan lebih besar, harga Oppo A96 diumumkan lebih tinggi berbanding Oppo A95 (RM1,099) tahun lepas iaitu:

  • Oppo A96 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,299

image is not available

Hadiah percuma bernilai sehingga RM548 ada disediakan untuk pembeli terawal Oppo A96. Tawaran yang disediakan adalah berbeza mengikut platform pembelian. Tawaran tempahan awal ini terbuka dari 18 hingga 22 April 2022. Jualan pertama pula bermula pada 23 April 2022.

Untuk tempahan di Kedai Jenama Oppo, hadiah yang diberikan adalah kotak hadiah A96 (powerbank dan payung), kad Touch n Go atau baucar KFC bernilai RM20, sampul raya edisi terhad, serta boleh membeli produk Oppo dengan diskaun 50% iaitu Oppo Watch Free, Oppo Band atau Oppo Enco Air 2.

image is not available

Bagi tempahan di kedai rasmi dalam talian Oppo, Lazada atau Shopee pula, Oppo memberikan hadiah percuma berupa kotak hadiah A96 (powerbank dan payung), rebat RM100 daripada bank, baucar dalam talian RM50, pin Touch n Go bernilai RM5, lampu sensor pergerakan, kad SIM telco serta boleh membeli produk Oppo dengan diskaun 50% iaitu Oppo Watch Free, Oppo Band atau Oppo Enco Air 2.

image is not available

Pembelian awal di pengedar sah Oppo dan rakan kongsi atas talian pula, menyediakan kotak hadiah A96 (powerbank dan payung) bernilai RM99.

image is not available

Spesifikasi Oppo A96

Oppo A96 adalah sebuah telefon sebesar 6.59". Panel paparan LCD yang digunakannya ada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 90Hz.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa Snapdragon 680. Cip ini boleh anda temukan pada telefon Seperti Honor X7, Realme 9i, Redmi 10C, Redmi Note 11. Hanya satu varian sahaja dijual di Malaysia untuk telefon ini iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat fungsi RAM expansion yang boleh tambah lagi 5GB RAM maya kepada telefon ini.

Di jabatan pengimejan, ia dilengkapi dua kamera belakang dan satu kamera depan. Bahagian belakang, anda boleh gunakan kamera 50MP manakala satu lagi adalah kamera 2MP untuk bokeh sahaja. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP.

Bateri 5,000mAh membekalkan tenaga kepada semua kelengkapan elektronik telefon ini. Ia dicas pantas menerusi blok pengecas SuperVOOC 33W yang disediakan di dalam kotak.

Antara yang menarik dengan telefon ini adalah ia hadir dengan speaker stereo, sama seperti beberapa siri Oppo A sebelum ini. Pilihan warna ada dua di Oppo A96, iaitu hitam atau merah jambu.

Bacaan Berkaitan