Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Mula Dibayar Hari Ini!

18 Apr 2022 • 11:30 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Semua mesti dah sedia maklum kan,Umum kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000 khusus buat para pencarum.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengesahkan Pengeluaran Khas KWSP itu yang akan dicepatkan masanya bermula 18 April iaitu hari ini berbanding 20 April secara berperingkat sebelum ini.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas beliau menerima banyak permintaan menerusi media sosial agar kerajaan mempercepatkan bayaran tersebut. Malah, beliau percaya ramai berasa lega apabila KWSP mengumumkan ahli boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM10,000.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved