“Tak Semua Doktor Bijak..” – Doktor Dikecam Netizen, Didakwa Dedah Info Pesakit HIV Demi ‘Content’

27 Apr 2022 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian daripada seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor di mana dia ada bercerita mengenai salah seorang pesakitnya yang telah meninggal dunia akibat dijangkiti HIV.

Dalam untaian tweet yang kemudiannya dipadam itu, doktor tersebut turut memaparkan rekod perubatan dan memaklumkan sejarah perubatan pesakit berkenaan kepada umum.

Namun apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila doktor tersebut turut mendedahkan nama penuh pesakit yang dijangkiti HIV berkenaan di media sosial.

Berikutan itu, rata-rata netizen menganggap doktor tersebut terlalu mengejar ‘clout‘ untuk pengisian media sosial demi populariti dan sebagainya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan kepada mana-mana doktor yang mendedahkan maklumat sulit pesakit kepada orang awam di mana ia boleh menjejaskan nama baik seseorang itu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa simpati dengan pesakit HIV berkenaan yang dilaporkan telah meninggal dunia dan berharap agar pengamal perubatan di luar sana lebih beretika dalam menyampaikan sesuatu info di media sosial.

image is not available 24 jam lalu

(VIDEO) "Orang Lain Yang Kena.."- Tak Sempat Tekan 'Brek', Penunggang Motosikal 'Naik Angin' Pada Kereta Lancer