Kereta Terpantas Di Litar Antarabangsa Sepang

28 Apr 2022 • 4:32 PM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

image is not available

Tahukah anda BAC Mono merupakan pemegang rekod pusingan terpantas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi jenis kereta produksi?


Kereta produksi membawa maksud kereta yang dihasilkan secara besar-besaran dan ditawarkan untuk dijual kepada orang ramai serta boleh dipandu di secara sah di jalan raya.

image is not available

BAC Mono Pegang Rekod Litar Sepang

Ketika program Mono Experience di SIC pada tahun 2018, BAC Mono telah meleburkan rekod pusingan terpantas sebelum ini yang dipegang oleh Porsche 911 GT2 RS.

image is not available

Kereta itu dipandu oleh pelumba Blancpain GT Series Asia, Shaun Thong yang berjaya mencatatkan masa 2:14.617 dan kini memegang rekod pusingan terpantas kereta produksi di SIC yang sebelum ini dipegang oleh Porsche 911 GT2 RS dengan masa 2:18.997.

image is not available

BAC Mono ini dikuasai oleh enjin 2.5 liter yang menghasilkan 305 hp pada 8,000 rpm dan digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan sequential di mana transmisi semi auto ini boleh menukar gear dalam masa 35 milisaat sahaja.

Kelajuan maksimum ialah 273 km/j dan pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 2.7 saat. Masa terbaik itu telah dicatat ketika fasa perkembangan (development) yang dilakukan ke atas kereta asal sebelum ini yang menggunakan enjin 2.3 liter yang menghasilkan output 285 hp.

image is not available

BAC Mono mempunyai berat sebanyak 580 kg dan ini memberikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight ratio) sebanyak 526 hp setiap tan.

Dalam bidang kereta trek khusus, Mono menampilkan tempat duduk pemandu tunggal untuk keselamatan dan pengagihan berat optimum, manakala stereng dan pedal boleh dilaraskan untuk dimuatkan di dalam kereta.

image is not available

Outright Lap Record

Outright lap record atau rekod pusingan keseluruhan terpantas tanpa mengira jenis kenderaan pula dipegang oleh Mercedes-AMG F1 W08 yang dipandu oleh Lewis Hamilton ketika pusingan kelayakan bagi 2017 Malaysian Grand Prix dengan catatan masa 1:30.076 untuk meraih petak utama.

image is not available

Jika nak dibandingkan rekod BAC Mono berbanding dengan W08, BAC Mono masih ketinggalan kira-kira 44 saat berbanding kereta F1 yang dipandu Lewis. Ini menunjukkan bahawa kelajuan kereta Formula 1 memang tidak boleh dibawa berbincang.

Adakah rekod BAC Mono ini bakal dileburkan oleh kereta produksi seterusnya? Agak-agak kereta apa yang mampu menggugat rekod BAC Mono di Litar Sepang ni? 

View Original Article