Realme Pad Mini: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
21 Apr 2022 • 10:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam majlis yang sama, Realme Malaysia turut memperkenalkan tablet mereka yang baru, Realme Pad Mini bersama-sama telefon pintar Realme 9. Ini adalah tablet yang lebih mampu dimiliki dengan skrin 8.7-inci dan harga lebih murah berbanding Realme Pad.

Harga dan tarikh jualan

Tablet terbaru ini akan mula dijual di Malaysia pada 25 April 2022. Ia boleh didapati di semua pengedar sah Realme di Malaysia, serta dalam talian di Shopee. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Realme Pad Mini WIFI (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM699
  • Realme Pad Mini LTE (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM749
  • Realme Pad Mini LTE (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM799

image is not available

Tetapi peminat boleh mendapatkannya dengan harga diskaun pada hari pertama jualan. Khas di Stor Rasmi Realme di Shopee pada 25 April 2022, dua model Realme Pad Mini akan menerima diskaun sehingga RM100 iaitu:

  • Realme Pad Mini WIFI (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM699 RM599
  • Realme Pad Mini LTE (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM749 RM699

image is not available

Versi tertinggi dengan RAM 4GB dan storan 64GB tiada promosi diberikan.

Spesifikasi Realme Pad Mini

image is not available

Selain skrin lebih kecil, Realme Pad Mini juga dilihat memiliki prestasi lebih rendah daripada Realme Pad. Versi mini ini dikuasakan oleh cip Unisoc T616, cip yang sama digunakan pada telefon pintar Realme C35. Kad mikroSD diterima di dalam slot hibrid bersama dua kad SIM nano.

image is not available

Paparan di Realme Pad Mini berkeluasan 8.7-inci, jenis LCD beresolusi HD (1340×800). Dipegang secara melintang, ia ada bingkai yang sangat tebal di kiri dan kanan. Bingkai tebal ini turut memuatkan kamera hadapan 5MP. Manakala di belakang, hanya ada satu kamera 8MP.

image is not available

Bateri yang dilihat besar dipasang di dalamnya, berkapasiti 6,400mAh. Ia boleh dicas menerusi USB-C dan menyokong kuasa pengecasan sehingga 18W.

Sistem bunyi stereo melalui dua pembesar suara terdapat di kedua belah sisi tablet. Jika perlu, jek audio 3.5mm masih ada dan sedia digunakan bersama produk audio berwayar.

image is not available

Realme Pad Mini menjalankan sistem operasi Realme UI for Pad, berasaskan Android 11. Ia adalah OS yang sama dengan Realme Pad. Diharapkan Realme Pad Mini akan turut menerima kemaskini Android 12 nanti.

Terdapat dua warna disediakan untuk pilihan bagi Realme Pad Mini, antara kelabu dan biru.

image is not available

Bacaan Berkaitan