Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa

27 Apr 2022 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengisytiharkan tarikh 5 Mei (Khamis) sebagai kelepasan am atau hari cuti peristiwa negeri ini.

Berita gembira tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.

“Saya ingin umumkan bahawa kita telah bersetuju untuk mengisytiharkan cuti peristiwa di Terengganu pada hari Khamis, 5 Mei sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa, 3 Mei,” katanya.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut Selasa, 3 Mei, manakala Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu di Terengganu.