Pengguna Astro Ultra Box kini boleh tonton Disney+ Hotstar di TV, ini caranya

Digital
28 Apr 2022 • 3:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Astro mengumumkan Disney+ Hotstar kini boleh ditonton melalui Astro Ultra Box. Pelanggan sedia ada yang sudah melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada perkhidmatan Disney+ Hotstar.

Jika anda merupakan antara pengguna Astro Ultra Box yang melanggan pakej tersebut, berikut merupakan langkah yang perlu anda lakukan untuk menonton rancangan di platform Disney+ Hotstar menerusi kaca TV anda:

  1. Daftar dan sahkan Astro ID anda di astro.com.my/astroID
  2. Layari astro.com.my/Disney. Pilih I’m an existing Astro Customer.
  3. Log masuk gunakan Astro ID anda, aktifkan dengan nombor telefon dan sahkannya

image is not available

  1. Masukkan OTP dan sahkan untuk aktifkannya
  2. Seterusnya, tekan butang Home pada alat kawalan jauh. Klik pada ikon aplikasi Disney+ Hotstar.

image is not available

  1. Mainkan sebaran rancangan untuk dapatkan 4 digit kod verifikasi.
  2. Seterusnya, layari tv.hotstar.com di telefon dan log masuk gunakan nombor telefon untuk pengaktifan. Masukkan 4 digit kod verifikasi.
  3. Anda kemudian akan terima notifikasi log masuk di kaca TV.
  4. Klik Start Watching dan pendaftaran anda selesai.

image is not available

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menambah Disney+ Hotstar dengan harga RM54.90 untuk pas 3 bulan. Anda boleh langgan Disney+ Hotstar melalui astro.com.my/Disney.

Dengan adanya kemampuan ini, bolehlah anda menonton kandungan menarik di Disney+ Hotstar dengan mudah, tanpa perlu tinggalkan antaramuka Astro anda. Bil juga akan disatukan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Astro di sini.

Bacaan berkaitan