Proton Saga MC2 – Spesifikasi Mengikut Varian

21 Apr 2022 • 10:52 AM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

image is not available

Setelah spyshot demi spyshot, akhirnya maklumat terbaru mengenai Proton Saga MC2 (Minor Change 2) atau versi facelift kini tersebar!


Maklumat yang tersebar itu menunjukkan spesifikasi Proton Saga MC2 mengikut varian serta beberapa penambahbaikan lain pada kereta ini.

image is not available

Apa Yang Baru?

  • Keyless entry

  • Push-start button

  • Leave car reminder

  • Cermin sisi auto-fold

  • Panel sistem kawalan pendingin hawa

  • Rim aloi 15-inci rekaan baharu

  • Paparan meter baharu

  • Logo Proton baharu

Selain itu, Proton Saga MC2 ini juga akan hadir dengan empat pilihan varian seperti:

  • 1.3L Standard MT

  • 1.3L Standard AT

  • 1.3L Premium AT

  • 1.3L Premium S AT

Sebelum ini, Saga hanya ditawarkan dalam tiga pilihan varian tanpa Premium S. Namun melihat pada varian yang ditawarkan, sudah tentu tiada perubahan dari segi enjin dan kuasa Proton Saga MC2 ini.

Proton Saga menggunakan enjin 1.3L empat silinder NA yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm tork yang dipacukan ke roda hadapan. Pilihan transmisi yang ditawarkan pula adalah 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.

image is not available

Varian 1.3L Standard MT

  • Transmisi 5-kelajuan manual

  • Indikator Eco

  • Logo Proton baharu

  • Rim besi 14-inci (dengan penutup luar)

  • Bampar mengikut warna badan

  • Lampu halogen

  • Cermin sisi dengan signal

  • Pembuka but kawalan jauh

  • Unit kawalan penyaman udara

  • Pemain audio standard

  • Dua pembesar suara

  • 1 unit slot USB

  • Penapis kabin N95

  • ABS/EBD//BA/HHA

  • Dua beg udara SRS

  • ISOFIX dan top tether

Varian 1.3L Standard AT (tambahan dari Standard MT)

  • Transmisi 4-kelajuan automatik

  • Rim aloi 14-inci

  • Lampu bumbung

  • Pemaut tangan di bahagian depan dan belakang

  • 3 unit slot USB

  • ESC/TC/HHA

Varian 1.3L Premium AT (tambahan dari Standard AT)

  • Rim aloi 15-inci

  • Lampu siang LED (DRL)

  • Unit infohibur dengan paparan terapung 7-inci

  • Butang kawalan pada stereng

  • Lampu di bahagian but belakang

  • Empat pembesar suara

  • Kamera undur

  • Penderia parkir hadapan

Varian 1.3L Premium S AT (varian baharu)

  • Cermin sisi auto lipat

  • Kemasan pintu but belakang dengan suis pembuka

  • Skirt sisi

  • Rim aloi 15-inci

  • Skirt bampar hadapan

  • Panel meter baharu

  • Stereng balutan kulit

  • Balutan tempat duduk separa kulit

  • Push-start button

  • Keyless entry
  • Lampu interior dengan fungsi auto malap
  • Interior hitam

image is not available

Buat masa ini, segala perincian lanjut lain mengenai Saga MC2 serta tarikh pelancarannya masih belum diumumkan oleh pihak Proton. Nantikan!

View Original Article