Pemandu, kelindan maut trailer terbabas

26 Apr 2022 • 2:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang pemandu treler dan kelindannya maut selepas kenderaan muatan besi yang dinaiki mereka terbabas semasa menuruni kawasan berbukit di KM55 Jalan Lipis-Merapoh, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian sekitar 7 pagi itu, Mohamad Syawal Ahmad Basari, 34, yang beralamat di Tapah, Perak dan kelindannya Mohd Faizal Mohd Noor, 35, beralamat di Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke arah Merapoh itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke arah bahu jalan sebelah kiri ketika menuruni bukit dan laluan berselekoh.

“Akibat kemalangan itu, pemandu treler telah tersepit di tempat duduknya manakala kelindan tercampak keluar dari kenderaan terbabit,“ katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved