Peminat Liverpool Beri Sokongan Kepada Ronaldo

Football
20 Apr 2022 • 7:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penyokong Liverpool bersorak memberi sokongan kepada pasukan mereka dalam aksi liga awal pagi tadi. - Gambar AFP

LIVERPOOL - Awal pagi tadi peminat pasukan bola sepak Liverpool mengenepikan persaingan di antara mereka dan Manchester United dengan menunjukkan sokongan buat Cristiano Ronaldo.

Ini selepas bintang Portugal itu mendedahkan beliau dan pasangannya Georgina Rodriguez kehilangan cahaya mata mereka yang baharu lahir.

Para penyokong kedua-dua kelab bangkit dan memberi tepukan gemuruh pada minit ketujuh perlawanan dalam pertembungan di antara kedua seteru utama bola sepak Inggeris itu. Ronaldo memakai jersi bernombor tujuh buat United.

Para penyokong Liverpool juga menyanyikan lagu yang sinonim dengan kelab itu ‘You’ll never walk alone’.

Ronaldo tidak bermain dalam pertembungan hari ini untuk bersama keluarganya.

“Keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan Ronaldo sedang memberi sokongan kepada orang tersayangnya pada masa yang amat sukar ini.

“Oleh itu, kami boleh mengesahkan bahawa dia tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool di Anfield dan kami ingin menegaskan permintaan keluarga itu untuk menghormati privasi mereka,” kata United dalam satu kenyataan.

Ronaldo dan pasangannya Rodriguez mengumumkan di media sosial pada Oktober lepas yang mereka sedang menantikan kelahiran kembar.

Mereka mengesahkan kelahiran seorang bayi perempuan pada masa yang sama mendedahkan kematian anak lelaki mereka.

Pasangan itu, yang bertemu semasa Ronaldo bermain di Real Madrid, mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun bersama, manakala Ronaldo mempunyai tiga lagi anak.

Dalam perlawanan Liga Perdanan Inggeris itu Liverpool dengan mudah menjinakkan United 4-0. - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved