“Dah 2022 Kot..”- Rekod Kesihatan Pakai Hard Copy, Netizen Hairan Hospital Kerajaan Masih ‘Out-To-Date’

11 Apr 2022 • 1:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pengguna media sosial Twitter semalam meluahkan oerasaan hairan dan kecewa dengan sistem pengurusan hospital awam di Malaysia yang masih menyimpan rekod kesihatan pesakit secara bertulis ataupun ‘hard copy’.

Kata individu itu, setiap kali dimasukkan ke hospital, sejarah pesakit akan ditanya berulang kali dan dia turut tertanya-tanya keperluan untuk mencatat segala rekod secara manual dan bukannya sistem komputer atau sebagainya.

Adunya lagi, pegawai perubatan yang bertugas juga sering bertanyakan senarai ubat dan kadang-kala menyusahkan pesakit dan juga waris.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan situasi hampir sama dengan individu tersebut.

Namun, ada juga yang menjelaskan sebab mengapa soalan-soalan sama diajukan kepada pesakit ataupun digelar ‘history taking’.

Jelas seorang individu dalam hantaran yang lain, ‘history taking’ pesakit diambil kerana rekod yang diambil tidak akan berada di setiap hospital kerajaan yang lain.

image is not available

Sumber : Twitter  

image is not available 23 jam lalu

“Another Level Betul..”- Baju Raya Siap Bayar ‘Installment’, Netizen Tak Sangka Boleh 'Sold Out'