
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menasihatkan warga asing di negeri ini agar tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa “mendaftarkan” mereka untuk dokumentasi rasmi.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata Kerajaan Negeri tidak membenarkan mana-mana NGO mengumpul data pekerja asing atau warga asing tanpa kerakyatan dan tidak mengiktiraf mana-mana kad warga asing yang dikatakan dikeluarkan oleh mana-mana NGO ini.


