
Kota Kinabalu: Kinabalu Jaguar FC (KJFC) diisytiharkan sebagai pemenang selepas FC Langkawi tidak menghadiri perlawanan Kumpulan A saingan Liga M3 di Stadium Likas pada Rabu lalu.
Mereka diberikan tiga mata dengan kemenangan 3-0 dan kini berada di tangga kedua dalam carta dengan sembilan mata daripada tiga kemenangan dan satu kekalahan.
Mata lain diraih menerusi kemenangan 3-0 menentang Armed Forces FC dalam perlawanan terdahulu, yang menyusuli kemenangan 2-1 menentang Imigresen FC pada Februari.
Satu-satunya kekalahan mereka ketika menentang Ultimate FC dalam perlawanan pembukaan musim di mana mereka tewas 1-2.
Mereka ketika ini empat mata di belakang pendahulu Manung FC tetapi bermain kurang satu perlawanan dan boleh mengurangkan jurang kepada satu mata sekiranya mereka menewaskan Tun Razak City pada 9 April di Stadium Likas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


