Kedudukan kes Covid-19 Sabah terus stabil

27 Apr 2022 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Angka jangkitan baharu Covid-19 di Sabah tidak banyak berubah pada Selasa, berbanding jumlah Isnin lalu.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah kes pada Selasa ialah 51 kes, pertambahan marginal tiga kes berbanding jumlah Isnin lepas.

“Secara keseluruhan kedudukan kekal stabil dengan perubahan turun naik kes harian pada tahap yang kecil dan terkawal,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sebanyak 11 daerah mencatatkan peningkatan kes harian, sembilan daerah mencatatkan penurunan dan tujuh daerah kekal sebagaimana catatan Isnin lalu.

“11 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes harian lebih rendah berbanding Isnin lepas dengan 13 kes (turun 8 kes) tetapi kekal satu-satunya daerah yang mencatat jangkitan baharu dua angka.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka di mana sembilan daripada daerah-daerah tersebut merekodkan antara satu atau dua kes baharu,” tambahnya.

Seramai 49 orang daripada 51 pesakit baharu pada Selasa adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

Menurut Masidi, bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh pada Selasa ialah 245, manakala 196 pesakit sedang menerima rawatan di hospital.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 16 orang,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.