Selebriti Popular Ambil Peluang Tunai Umrah Pada 10 Ramadan Terakhir

Entertainment
22 Apr 2022 • 4:21 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Jika minggu lalu Getaran melaporkan beberapa selebriti terkenal tanah air yang menunaikan ibadah umrah ketika bulan Ramadan, kali ini kami senaraikan pula selebriti yang memilih untuk menunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir. 

Umat Islam disarankan supaya meningkatkan amalan serta ibadah pada 10 hari terakhir Ramadan kerana pada malam ganjil sepanjang 10 hari terakhir inilah akan berlakunya ‘lailatulqadar’ iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. 

Jadi tidak hairanlah kenapa ada yang sanggup meninggalkan tanah air dan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah pada 10 Ramadan terakhir dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana. 

Berikut adalah senarai selebriti terkenal yang telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah pada 10 hari terakhir Ramadan.

Haji Nabil Ahmad

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Pengacara dan pelawak terkenal ini telah berangkat untuk menunaikan umrah bersama isterinya Zira pada Rabu lalu. 

Bell Ngasri

Pelakon dan pelawak popular, Bell Ngasri turut mengambil peluang untuk melakukan ibadah umrah bersama isteri.

Puteri Sarah Liyana

Biarpun terpalit dengan kontroversi kemelut rumahtangga sebelum berangkat menunaikan umrah, pelakon popular Puteri Sarah Liyana akhirnya selamat tiba di tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama dua anaknya. 

Datuk Adi Putra

Aktor kacak kelahiran Singapura iaitu Datuk Adi Putra turut dilihat berada di Madinah untuk menunaikan ibadah umrah sempena 10 hari terakhir Ramadan dan telah mencukur kepalanya.

Getaran mendoakan semoga semua selebriti serta umat Islam yang sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci dikurniakan umrah yang maqbul dan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam lailatulqadar. - Getaran, 22 April 2022.

Gambar: Instagram