
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Air sentiasa peka dengan isu gangguan bekalan air yang berlaku di hampir semua daerah di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berkata ia adalah isu lama yang berlaku bukan sahaja di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN), tetapi juga di bawah Parti Warisan (Kerajaan Warisan) sebelum ini.
Beliau berkata isu bekalan air di Sabah berpunca daripada peningkatan permintaan, manakala loji rawatan air tertentu tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan bekalan air yang tidak konsisten dari sungai.

