Lelaki lari dalam semak, tinggal kereta penuh mercun

12 Apr 2022 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki meninggalkan sebuah kereta dipenuhi pelbagai jenis mercun di tepi jalan Kampung Padang Licin di sini, sebelum lari ke dalam semak, kira-kira jam 7.15 petang, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum itu Kereta Peronda Polis (MPV) mengejar kenderaan tersebut iaitu Proton Waja berwarna kelabu kerana pemandunya tidak memberikan kerjasama.

"Polis terserempak dengan kenderaan itu yang dilihat mencurigakan di Simpang Padang Licing menghala Ke Pasir Mas lalu mengarahkan pemandu kereta tersebut untuk berhenti, tetapi lelaki itu bertindak memecut laju sejauh lima kilometer sebelum berhenti di jalan Rantau Panjang.

“Suspek keluar dari kereta dan terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran. Kami cuba mengesan suspek, namun gagal,” katanya ketika dihubungi pemberita, pada Selasa.

Menurut Mohd Nasaruddin lagi, pemeriksaan dalam kereta menjumpai beberapa kotak mengandungi pelbagai jenis mercun bernilai RM22,680.

“Semua mercun tersebut dirampas dan kenderaan dianggarkan bernilai RM10,000 itu juga dibawa ke IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan Dan Kakisan 1957,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved