Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terus pantau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) Aidilfitri

27 Apr 2022 • 12:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berada di lokasi tumpuan ramai sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP - HRP) 2022.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Tawau, Sam Aminuddin berkata, lokasi itu, termasuk pasar awam, pasar tani dan pasaraya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi memastikan pematuhan peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan turut bekerjasama membuat pemantauan untuk memastikan bekalan barangan adalah mencukupi dan memastikan harga di pasaran adalah berpatutan serta memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

“Justeru itu, peniaga diingatikan agar mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan di bawah skim tersebut agar tidak diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu selepas mengetuai pasukannya melakukan tinjauan di sekitar kawasan Pasar Sri Tanjung dan Pasaraya Besar Bataras di sini, pada Selasa.

Menurutnya, acara itu diadakan bagi meninjau pematuhan pelaksanaan SHMMP-HRP 2022 yang berkuatkuasa bermula Selasa sehingga 6 Mei depan.

“SHMMP-HRP merupakan komitmen pihak KPDNHEP untuk memastikan Keluarga Malaysia dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (COL) ketika ini.

“Permintaan ke atas barangan tertentu dijangka meningkat menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang bakal disambut pada 3 Mei 2022 depan,” katanya.

Sebanyak 22 jenis barangan ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (HRP) 2022 yang melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Jumlah barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam serta SHMMP-HRP 2022 juga melibatkan 28 jenis barangan daripada kategori ayam, telur ayam, sayur, barangan kering, sayuran dan daging.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.