Gaya hidup sekarang lebih tertumpu kepada gajet dan telefon pintar. Kebanyakan telefon pintar yang ada dalam pasaran sudah cukup berguna untuk kita gunakan samada untuk kerja ataupun rutin harian. Yang lebih mudah adalah muat turun aplikasi yang terbaik untuk kegunaan harian.
Semakin canggih telefon pintar kita, minda kita juga kena lebih canggih. Apa guna telefon pintar mahal tetapi minda masih tidak mahal. Jadi, dalam artikel ini akan kongsikan aplikasi terbaik untuk kegunaan umum:
Media Sosial (WhatsApp dan lain-lain)

Kuasa media sosial semakin kuat dengan hati kita. Jika tiada media sosial, dunia seakan perlahan dan bisnes semakin suram. Banyak kegunaan media sosial selain daripada komunikasi, bisnes dan ekonomi.
Produktiviti (Trello, Workspace dan sebagainya)

Masih gunakan WhatsApp peribadi untuk tujuan kerja? Akan jadi serabut jika lebih banyak kerja diberi dalam platform peribadi. Asingkan segala kerja anda dalam satu aplikasi yang lebih mudah. Ianya akan buat hidup anda lebih teratur dan seimbang. Takkanlah asyik fikir kerja bila masa raya kan? Nak juga merasa hidup lebih bebas.
Bank Dalam Talian (termasuk e-wallet dan seangkatan dengannya)

Ini adalah penting untuk anda yang sukar nak membawa tunai. Cara ini lebih mudah kerana tiada kontak ketika mahu berususan jual beli. Kebanyakan orang muda akan gunakan aplikasi tanpa tunai dengan lebih mudah. Duit raya pun boleh bagi melalui dalam talian kan? Senang , mudah, dan cepat!
Kalkulator

Mesti terkejut bukan? Aplikasi ini paling berguna apabila nak bayar di kaunter. Kadang kala kita tak boleh mengira atau congak sendiri perbelanjaan kita. Dengan adanya kalkulator, sepantas kilat jumlah amaun terus keluar. Jangan disangka kalkulator tidak berguna untuk telefon pintar anda.
Semua aplikasi ini adalah pendapat peribadi dari penulis sendiri. Namun, jika ada cadangan lain boleh di baca untuk artikel lain. Telefon pintar membuatkan anda lebih mudahkan urusan setiap hari. Pastikan anda tahu menggunakan kuasa di tangan anda menjadi sebab untuk tingkatkan kualiti hidup anda.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


