
TAWAU: Susulan pembukaan sempadan negara bermula Jumaat (1 April), negeri ini dijangka bakal menerima 1.5 juta pelawat setahun, kata Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Sh. Sitti Saleha Habib Yussof.
Menurutnya, jumlah itu adalah berdasarkan data kemasukan pelawat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang mencatatkan sejuta orang setahun sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.
