Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya

Digital
9 Apr 2022 • 8:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Touch 'n Go (TNG) telah dikesan memuat naik beberapa video berkaitan produk baharu yang bakal mereka perkenalkan kepada khalayak ramai. Walaupun ia sudahpun disembunyikan untuk tontonan umum, kami sempat menontonnya.

image is not available

Ia adalah produk yang dipanggil Enhanced Touch 'n Go Card ataupun kad TNG generasi baharu. Kad baharu ini ada fungsi yang ditagih sebahagian besar pengguna kad TNG sejak sekian lama, termasuklah saya.

Kad TNG generasi baharu membolehkan anda menambah nilai baki kad terus daripada telefon tanpa perlu pergi ke kiosk khas seperti yang kami rungutkan dalam percubaan kali pertama TNG suatu ketika dahulu.

image is not available

Namun, bukan semua telefon menyokong fungsi tambah nilai terus melalui telefon. Daripada video tersebut, hanya yang dilengkapi NFC sahaja boleh melakukannya. Hal ini bermakna, ada sebilangan model Android tidak akan menyokongnya tapi untuk iPhone, mereka memang sedia ada fungsi NFC sejak beberapa generasi dulu.

image is not available

Video itu juga mengandungi maklumat tentang bagaimana anda boleh dapatkan kad ini. Ia boleh didapatkan terus melalui APP TNG eWallet pada harga RM10. Ia masih berfungsi sama seperti kad TNG sedia ada, contohnya anda perlu menambatnya pada akaun TNG eWallet dan ia ada bakinya yang tersendiri dan tidak berkongsi dengan baki dompet digital anda.

image is not available

Kad TNG edisi baharu ini sebenarnya sudah lama berada dalam perancangan pengendalinya. Kami ada laporkannya penghujung Januari 2022 lalu tentang ia akan tiba beberapa minggu lagi. Cumanya awal Mac 2022 dulu, CEO TNG Digital, Ignatius Ong telah meinggalkan syarikat itu dan berkemungkinan besar telah melewatkan pengenalan kad tersebut.

Bacaan berkaitan