Harga tiket penerbangan: PM dijangka buat pengumuman

LocalPolitics
18 Apr 2022 • 4:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung penyelesaian harga tiket penerbangan yang melambung susulan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah menyerahkan intipati kandungan mesyuarat 72 jam bersama pemain industri penerbangan kepada Ismail Sabri.

"Kita mengawal harga tambang dan nampaknya ada penurunan tetapi Perdana Menteri akan buat pengumuman," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri dekat sini pada Isnin.AKAN MENYUSUL