Pelaksanaan Gaji Minimum Diteruskan 1 Mei - Saravanan

18 Apr 2022 • 6:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
M Saravanan bercakap dengan media selepas Majlis Inisiatif Penempatan Pekerjaan Beri Sinar Buat Gelandangan, Bantu Capai Sasaran Sifar Gelandangan, di Menara PERKESO hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan tetap dikuatkuasakan 1 Mei walaupun ada permintaan supaya ia ditangguhkan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kerajaan sudah mengkaji secara mendalam perkara itu dan ia tidak akan dibatalkan hanya kerana desakan segelintir majikan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob, sudah umum 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja. Ini telah dikaji secara mendalam dan ia selari dengan negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Majlis Inisiatif Penempatan Pekerjaan Beri Sinar Buat Gelandangan, Bantu Capai Sasaran Sifar Gelandangan, di sini hari ini.

Beliau berkata, bantahan majikan terhadap kenaikan kadar gaji minimum sentiasa dibangkitkan dan ia bukan perkara baharu.

Katanya, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 selaras dengan tuntutan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, kelonggaran pelaksanaan gaji minimum itu tidak boleh diberikan kepada terlalu banyak sektor kerana ia akan menjejaskan matlamat kerajaan dalam membela nasib rakyat.

“Kita akan tetap beri kelonggaran kepada beberapa sektor seperti syarikat yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.

“Majikan sentiasa memang tak pernah setuju dengan kenaikan gaji, jadi  ‘rain or shine’ (walau apa pun terjadi), gaji minimum RM1,500 akan tetap bermula pada 1 Mei. Saya tidak boleh ‘flip-flop’,” katanya. - Getaran, 18 April 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved