MDA batal kelulusan bersyarat dua jenis kit ujian kendiri Covid-19

11 Apr 2022 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) membatalkan kelulusan bersyarat bagi dua jenis kit ujian kendiri Covid-19.

MDA menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, pembatalan bersyarat itu dibuat berikutan kit ujian kendiri Covid-19 keluaran dua syarikat itu gagal mematuhi syarat kelulusan yang ditetapkan.

Pembatalan tersebut menurutnya berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, MDA turut menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan pihak berkuasa itu berikutan dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.