
PAPAR: Seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun maut selepas tercampak dari motosikalnya dan terperosok di bawah sebuah treler di KM27 Jalan Papar-Kota Kinabalu, malam Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah DSP Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.15 malam ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Papar dari Kota Kinabalu ketika hujan lebat.
“Apabila tiba di laluan selekoh itu, penunggang motosikal itu melanggar lopak air di permukaan jalan dan gagal mengawal motorsikalnya. Mangsa kemudian memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah treler yang bergerak ke arah bertentangan,” katanya. Disebabkan keadaan itu, mangsa digilis kenderaan besar itu yang menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, sepasukan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9.21 malam.
Sebaik tiba di tempat kejadian, beliau berkata pasukan menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler itu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
, menambah, operasi ditamatkan pada jam 11 malam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
