KK Super Mart dilantik ejen e-kupon, mudahkan beli kredit parkir

2 Apr 2022 • 2:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pasar raya KK Super Mart dilantik sebagai ejen rasmi e-kupon bagi Smart Selangor Parking (SSP) yang dikuatkuasakan di seluruh negeri mulai semalam.

Menurut EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han, usaha itu bagi membantu orang ramai yang tidak mempunyai aplikasi berkenaan untuk membeli kredit parkir.

“Mulai hari ini (semalam), seluruh Selangor akan menggunakan aplikasi digital untuk membuat pembayaran parkir. Tiada lagi kupon gores atau kupon kertas.

“Mereka yang tidak mempunyai aplikasi SSP boleh beli kredit parkir di KK Super Mart dan ejen e-kupon yang lain mulai hari ini (semalam),” katanya menambah lebih banyak ejen dilantik untuk kemudahan pengguna.

Bermula 1 April, bayaran parkir kereta di seluruh pihak berkuasa tempatan di Selangor dilaksana secara digital yang boleh dimuat turun di Google Playstore, AppStore atau Huawei Store.

Pada 24 Mac, Ng Sze Han memaklumkan pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit bermula 26 Mac.

Sebanyak 29,391 kupon parkir kertas gores ditukar sejak hujung bulan lalu membabitkan nilai RM17,942.20.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved