Kanak-kanak pamer aksi bahaya: Kertas siasatan dirujuk TPR

4 Apr 2022 • 10:56 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Kertas siasatan berhubung tiga kanak-kanak yang melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak di Tambun di sini, baru-baru ini sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid(gambar) berkata bapa kepada kanak-kanak itu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihaknya selesai merakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Sepatutnya bapa kepada kanak-kanak itu perlu lebih bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anaknya dan tidak sepatutnya membenarkan aksi sedemikian,“ katanya kepada pemberita selepas melawat hari pertama sesi baharu persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan di Jalan Batu Bungkal di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan lelaki berusia 37 tahun itu di Sunway City di sini pada pukul 9.30 malam, 24 Mac lalu.

Terdahulu, polis menyiasat isu rakaman video menunjukkan aksi berbahaya tiga kanak-kanak dalam sebuah kereta dipercayai dirakamkan di Jalan Tambun, yang tular di laman sosial Facebook.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved