Ismail Sabri rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

24 Apr 2022 • 8:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, New Straits Times Press, The Star, Sin Chew Daily, Sinar Harian dan Kwong Wah Yit Poh Press.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Ras Adiba Radzi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin dan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul Al-Faeez.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. - Bernama