“Bidadariku” – Muka ‘Breakout’ Sejak Mula Kenal, Netizen Puji Lelaki Terima Isteri Seadanya

7 Apr 2022 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kerana dimomok dengan ‘beauty standard’, ramai wanita yang memiliki wajah berjerawat menjadi kurang yakin apatah lagi jika mereka turut diejek kerana tidak ‘flawless’.

Namun, aturan Allah itu indah. Bagaimana pun rupa kita sudah tentu kita akan kelihatan cantik di mata seseorang yang menyayangi dengan ikhlas.

Itulah yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini di TikTok di mana ia telah mendapat perhatian ramai warganet.

Pada mulanya, video perkongsian lelaki bernama Zamani terlebih dahulu menjadi tular. Menerusi video itu, dia menunjukkan pada awal perkenalan isterinya mempunyai masalah kulit berjerawat namun dia langsung tidak kisah.

Video dimuat naik oleh isteri Zamani, Shakerah Razali kemudian turut mendapat perhatian netizen di TikTok.

Dia akui pernah menjadi mangsa ejekan dan menerima kata-kata kurang enak didengari daripada orang sekeliling hanya kerana muka ‘breakout’.

image is not available

Meskipun diperli, dia bersyukur kerana ditemukan dengan seorang lelaki matang yang tidak hanya memandang rupa paras untuk jatuh cinta.

Ramai warganet memuji lelaki tersebut kerana ikhlas menerima isteri seadanya selain ada yang turut berkata wajah wanita tersebut sememangnya cantik meskipun mempunyai masalah kulit.

image is not available 6 hari lalu

(VIDEO) "Untung Dapat Suami Macam Ni" - Tak Geli Sedut Hingus Anak, Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

View Original Article