Keluaran Terbaru Samsung, Galaxy A53 5G Kini Tampil Dengan Pelbagai Fungsi Hebat!

Digital
13 Apr 2022 • 4:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
samsung galaxy a53 5g

Korang tahu tak sekarang ni Samsung dah keluarkan Galaxy A53 5G dan menawarkan pengalaman mudah alih yang sangat hebat!

Kali ini Samsung mengeluarkan Galaxy A53 yang memiliki pemproses serba baru, kamera AI khas Galaxy, paparan yang luas dan lancar dan memiliki ketahanan bateri selama dua hari! Siapa tak nak kan?!

image is not available

Haa, Samsung Galaxy A53 5G ni kalau korang dapat, memang tak tengok phone lain lagi dah. Kalau korang suka ambil gambar, ini merupakan pilihan terbaik untuk korang sebab ia menampilkan Kamera OIS 64MP dengan teknologi VDIS yang bila korang ambil gambar, confirm akan mantap dan high resolution!

Dengan adanya kamera berkuasa AI inovatif Galaxy A ni, bila ambil gambar waktu malam pun akan cantik dan jelas je sebab memiliki Mod ‘Improved Night’ yang akan mensintesis sehingga 12 imej dengan serentak secara automatik!

Kualiti rakaman video dalam suasana pencahayaan malap juga akan dipertingkatkan dengan kadar bingkai siri Galaxy A yang terbaharu ini dan secara automatik, korang dapat menghasilkan video yang lebih terang dan jelas.

image is not available

Boleh digunakan walau dimana jua berada

Bukan tu je, biasanya kalau korang dekat tengah panas, mesti susah nak tengok screen phone kan? Haa dengan Samsung Galaxy A53 5G ni, dah tak payah risau sebab korang akan dapat tengok skrin phone korang dengan jelas sebab ia hadir dengan ‘algoritma pintar’ yang protect skrin phone walau dimana jua korang berada, tak kira panas terik ke tak!

Dah lah ketahanan bateri selama dua hari, design Samsung Galaxy A53 ni pun kalau korang tengok, memang padu sangat! Ia terbina dengan ‘Corning Gorilla Glass 5 dan ciri IP67’ yang kalis air dan habuk, jadi korang tak perlu nak risau sebab phone ni memang confirm tahan lasak!

image is not available

Samsung Galaxy A53 5G ini juga menawarkan fungsi ketersambungan tanpa jeda dengan peranti lain dalam siri Galaxy.

Jadi, teknologi Audio 360 yang ada pada telefon pintar ini juga dapat menghasilkan bunyi 3D yang memuaskan apabila korang sambungkan dengan siri Galaxy Bud!

Korang hanya perlu menghidupkan Link to Windows yang menyambungkan siri Galaxy A baru kepada PC Windows untuk copy and paste sebarang kandungan, transfer data dan juga menjawab panggilan telefon ataupun berbalas teks.

image is not available

Maklumat peribadi dijamin selamat

Memang sangat berbaloi kalau korang dapatkan Samsung Galaxy A53 5G ni sebab maklumat dalam phone akan dilindungi oleh platform keselamatan ‘Samsung Knox’.

Maklumat peribadi korang yang ada dalam phone akan terus dilindungi dan korang je yang dapat akses kepada semua maklumat kerana Samsung Galaxy A53 5G ni memiliki ciri ‘Private Share dan Secure Folder.’

image is not available

So, apa tunggu lagi? Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi dengan hanya RM1,849 je korang boleh dapatkan Samsung Galaxy A53 5G ni.

Banyak kelebihan dan kemudahan yang korang boleh dapat dengan keluaran terbaru Galaxy A ni. Kalau nak tahu info lanjut, layari je laman web Samsung atau pergi ke mana-mana cawangan Samsung yang berdekatan dengan korang okay!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article