iOS 16 Mungkin Tidak Menyertakan Perubahan Pada Rekaan Antaramuka

TechnologyDigital
11 Apr 2022 • 12:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
iPhone 13

Apple iOS 16 dijangka akan diperkenalkan pada WWDC 2022 kelak. Dengan pengumuman versi baharu, semestinya ramai yang menantikan apakah ciri-ciri dan rekaan baharu yang bakal disertakan.

Mengikut laporan awal, ia dikatakan iOS 16 menyertakan pelbagai kod awal untuk set kepala AR, dan interaksinya bersama iPhone. Disamping itu, ia juga dijangka menyertakan kemaskini pada bahagian notifikasi, selain penambahan beberapa ciri-ciri berkaitan kesihatan.

image is not available

Namun, Apple dijangka mengekalkan rekaan antaramuka iOS buat masa ini. Kali terakhir kita melihat perubahan drastik pada antaramuka adalah ketika iOS 7. Sejak daripada itu, tiada perubahan besar yang hadir.

Hal ini juga mungkin kerana ramai pengguna sedia selesa dengan antaramuka sedia ada – atau ia sudah lengkap untuk penggunaan masa kini.

Apa pun, laporan sama mengatakan Apple mungkin memperkenalkan antaramuka baharu untuk multitugasan pada iPadOS.