Insiden MH2664: Penumpang mohon siasatan telus

10 Apr 2022 • 4:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tiga penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur yang berpatah balik pada 3 April selepas beberapa kali menjunam secara mengejut, mempertikaikan kenyataan rasmi bahawa ia berpunca daripada cuaca buruk, malah juruterbang berkata ia (cuaca) baik melalui sistem PA.

Mereka menggesa MAS, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan dapatannya kepada umum demi keselamatan awam.