
BEAUFORT: Seorang pengguna jalan raya yang kecewa di sini berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat memantau dan menyelenggara jalan rosak di sepanjang Beaufort-Lumadan-Lingkungan dan Sipitang.
Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, pengadu berkata keadaan jalan semakin teruk kerana semakin banyak jalan dengan lubang besar yang membahayakan pengguna jalan.

