Beberapa sektor diberi kelonggaran pelaksanaan gaji minimum

13 Apr 2022 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Beberapa sektor termasuk pekerjaan tidak formal diberi kelonggaran untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 yang dikuat kuasa Mei ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tempoh kelonggaran tersebut adalah selama setahun.

"Orang kampung kerja dengan gaji RM600, kalau saya paksa mereka dibayar RM1,500 mungkin akan kehilangan pekerjaan," katanya.

Menurutnya, sebuah syarikat yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang turut diberikan kelonggaran tersebut.

"Begitu juga dengan syarikat menghadapi kerugian besar seperti perhotelan dan pelancongan, kerajaan akan memberi mereka masa setahun," katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku pandemik lain selepas setahun, tempoh masa kelonggaran itu boleh dipanjangkan mengikut budi bicara menteri.

"Pendekatan sama juga kita ambil semasa pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,200 pada tahun 2012," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran inisiatif Microcredential di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL