
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang keenam belas (16) semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Macam mana dengan puasa kalian setakat ini? In sya Allah masih ada masa untuk kita melipat gandakan amalan di 14 hari terakhir ini kerana siapa yang tahu ini mungkin Ramadan yang terakhir kita.
Selalunya berbuka di rumah atau berbuka di luar samada di kedai makan atau buffet di mana-mana hotel? Kalau berbuka di rumah korang masak ke atau membeli di Bazar Ramadan?
Den banyak berbuka di rumah sebab serba-serbinya mudah. Selalunya den masak yang ringkas-ringkas. Sekali sekala den beli di pasar Ramadan.
Ada lima (5) kelebihan berbuka puasa di rumah yang den hendak kongsikan dengan semua.
Jimat dan tidak membazir
Ini merupakan perkara yang terutama apabila kita berbuka puasa di rumah.
Perut kita ini kecil je. Berusaha segigih mana pun kita tidak akan dapat makan semua makanan yang terdapat di buffet spread di hotel tidak kira seenak mana makanan tersebut. Memang sayang kan kalau kita bayar mahal-mahal tetapi kita tidak dapat makan semua makanan.
Selalunya memang akan rambang mata bila kita membeli belah di Bazar Ramadan sebab kita membeli di kala perut kosong. Selalunya akan berakhir dengan kita membeli melebihi daripada apa yang kita mampu makan. Kebarangkalian makanan yang berbaki berakhir di dalam tong sampah adalah sangat tinggi.
Bila kita masak sendiri, biasanya kita akan masak satu lauk utama dan sayur. Kemudiannya dilengkapi dengan buah-buahan dan air. Jimat dan ringkas tetapi tetap mengenyangkan.
Kualiti Makanan Terjamin
Kelmarin terdapat beberapa perkongsian tentang tanggungjawab bagi peniaga makanan mendapatkan suntikan typhoid akibat isu ada gerai makanan diarahkan tutup kerana penyediaan makanan yang tidak bersih.
Kadang-kadang sekiranya kita tidak bernasib baik, kita mungkin boleh terjebak dengan keracunan makanan kerana ada makanan yang tercemar akibat pelbagai faktor.
Sekiranya kita memasak sendiri, kualiti makanan adalah terjamin kerana kita sendiri yang menyediakannya.
Tidak Perlu Bersesak-sesak
Baik di Bazar Ramadan dan juga buffet di hotel, kebiasaannya dipenuhi dengan ramai orang.
Walaupun Negara telah beransur-ansur memasuki fasa endemik secara berperingkat mulai 1 April 2022, kita masih perlu meminimakan keberadaan di tempat tertutup yang mempunyai ramai orang agar mengurangkan kebarangkalian kita dijangkiti Covid-19.
Berbuka di rumah hanya melibatkan keluarga kita sahaja.
Tidak Terkocoh-kocoh Hendak Solat Maghrib
Ini kebiasaannya berlaku apabila kita berbuka puasa di luar. Kadang-kadang surau yang tersedia agak kecil tetapi ramai orang yang hendak menggunakannya pada satu-satu masa. Ini boleh menyebabkan kurang keselesaan dan kita perlu bersesak-sesak beramai-ramai untuk solat Maghrib.
Kita boleh pilih masa yang kita selesa untuk solat pada bila-bila masa pun.
Tidak Perlu Berpakaian Kemas
Walaupun tidak perlu dress up sakan untuk berbuka puasa di luar, kita masih perlu berpakaian kemas dan lebih presentable apabila berbuka puasa di luar kerana kita akan berada di tempat awam.
Yang paling best bila berbuka puasa di rumah adalah kita boleh pakai baju yang paling selesa dan simple.
Kesimpulannya, berbuka puasa di rumah bagi kebanyakan masa adalah memang sangat awesome.
#DidYouKnow / #TahukahAnda / #你知道吗
Bidasari Bahashim adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.