Bocor maklumat: Pembantu pegawai agensi ditahan bantu siasatan kes resuah

7 Apr 2022 • 4:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Seorang pembantu pegawai di sebuah agensi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000 berhubung pembocoran maklumat.

Menurut sumber, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru, kira-kira 12.30 tengah hari tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2020 hingga tahun lepas, lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan telah meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek hendak dipohon oleh kedua-dua individu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, bagi permohonan reman.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved