Rekaan Realme Q5 Pro Kini Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi

TechnologyDigital
15 Apr 2022 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 20 April 2022. Melaluinya, mereka bakal mengemaskini peranti di bawah siri Q dengan penawaran baharu. Terdapat sekurang-kurangnya tiga model yang bakal diumumkan iaitu Realme Q5, Realme Q5i dan Realme Q5 Pro.

image is not available

Menjelang pelancaran rasmi, rekaan untuk Realme Q5 Pro telah diperlihatkan menerusi poster rasmi. Ia menunjukkan peranti dengan kemasan tubuh bercorak dam yang bewarna kuning. Turut kelihatan, model kamera berbentuk segi empat yang memuatkan tiga sensor dan dua daripadanya bersaiz besar. Terdapat juga dua LED Flash yang disertakan bersama-sama dengannya.

image is not available

Kemasan peranti ini adalah mirip dengan imej yang tertiris sebelum ini. Jadi adakah benar Realme akan bekerjasama dengan bekerjasama dengan jenama kasut ikonik Vans untuk pengenalan peranti ini kelak? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.