AX-1 Yang Merupakan Misi Swasta Pertama Ke ISS Berjaya Dilancarkan Pagi Ini

TechnologyDigital
9 Apr 2022 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Satu lagi sejarah aeroangkasa dicatatkan dengan Misi Axiom Space 1 (AX-1) berjaya dilancarkan ke angkasa lepas dari Pusat Angkasa Kennedy ,di Florida pagi tadi. Empat orang angkasawan dari Axiom Space dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Falcon 9 milik Space X. Ini menjadikan AX-1 misi pertama milik swasta sepenuhnya ke ISS.

Empat orang krew Michael López-Alegría, Larry Connor, Mark Pathy dan Eytan Stibbe kini dalam perjalanan ke ISS di dalam kapsul angkasa Crew Dragon. Apabila ia berlabuh ke ISS kelak, krew akan melakukan pelbagai misi saintifik dan komersial selama seminggu sebelum pulang semula ke bumi di sekitar perairan Florida.

image is not available

Axiom Space ingin melakukan misi ke ISS sekurang-kurangnya dua tahun sekali dengan syarikat swasta ini akan mempunyai modul tersendiri sebagai hotel di stesen angkasa tersebut. Apabila ISS menamatkan operasinya menjelang 2031, modul Axiom akan ditanggalkan dan ia menjadi stesen angkasa swasta pertama dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved