PGA rampas mercun disembunyikan dalam tokong

17 Apr 2022 • 4:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MUAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri menahan seorang lelaki dan merampas 92 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun yang disembunyikan dalam sebuah tokong di Parit Limbong, Parit Jawa di sini pada Ahad.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion 6 PGA, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, serbuan menerusi Op Kontaban itu dilakukan pada jam 12.10 tengah hari selepas mendapat maklumat dan hasil risikan.

"Hasil pemeriksaan ke atas rumah ibadat tersebut menemukan 92 kotak besar coklat mengandungi pelbagai jenis mercun. Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 58 tahun itu tidak memiliki lesen menyimpan dan permit menjual mercun yang sah.

image is not available

"Rumah ibadat ini dijadikan stor simpanan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga-peniaga kecil," katanya.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM213,000," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, serbuan itu berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran dan penjualan mercun di sekitar daerah ini.

"Kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya.