Permohonan pengeluaran Khas KWSP mula diluluskan

16 Apr 2022 • 5:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Sebahagian pengguna media sosial berkongsi status gembira selepas permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan.

Beberapa pemilik Facebook mula berkongsi status ‘hijau’ bahawa permohonan mereka diluluskan.

Seorang pengguna media sosial dengan nama Ayeen Zahana bersyukur permohonan yang dibuat pada 31 Mac jam 10 malam diluluskan.

“Alhamdulillah, saya pun dah hijau. Saya mohon pukul 10 malam, 31 Mac,” tulisnya di media sosial itu.

Kegembiraan sama turut dikongsi oleh Shahidul Mohd Khalid apabila permohonannya juga diluluskan

“Saya dah hijau, tunggu duit masuk akaun saja,” kata Shahidul.

Izz Wani pula berkata, permohonan pengeluaran KWSPnya dan suami turut diluluskan.

“Alhamdulillah, lulus 21 April memang kebanyakan semua tarikh 21 April ke?” katanya.

Bagi Siti Nuraishah Hanum, duit pengeluaran diperoleh suaminya akan digunakan untuk membayar hutang.

“Siapa buat malam 31 April akan diluluskan, lepas hendak bayar hutang yang ada,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved