Aktiviti menyelam di Mersing dihentikan: Sultan Ibrahim

7 Apr 2022 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan sementara waktu.

Menerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis, baginda bertitah, perkara itu berikutan empat penyelam hilang di sekitar Pulau Tokong Sanggul berhampiran Pulau Sibu pada Rabu.

“Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku pada mereka. Aktiviti menyelam tidak boleh diteruskan jika tahap keselamatan diragui.

“Peraturan-peraturan aktiviti menyelam oleh pihak berkuasa juga mesti dikaji semula secara menyeluruh sebelum ia boleh dibenarkan beroperasi semula,” titah baginda.

Titah Sultan Ibrahim, peraturan yang telah dikaji semula juga perlu diumumkan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta pelancong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved